Tuesday, 22 November 2011

Bukan klinik kerajaan jer murah, klinik haiwan pon ada yang murah gak.

Salam u'olls


Sebenarnya aku tengah busy ni. Tapi aku rasa bersalah sangat kalau tak share benda ni ngan korang semua. Hehehe!! Aku memang suka share benda yang murah-murah ni.

 
Korang pernah tak korban kan nyawa haiwan peliharaan ko?? (Soalan kekejaman) . Kalau aku, jawapannya memang ade. Bukan sekor, dua ekor sekali ko tahu. Giler bapak kejam, dah macam pembunuh bersiri dalam citer Detective Conan. Tapi masa tu mentaliti aku pikir, klinik haiwan adalah mahal. Sebab banyak aku tengok kt blog-blog bila citer pasal benda ni mesti kena mahal-mahal.



Masa kejadian pembunuhan tu, aku menganggur lagi belum bekerja. Kalau ko bukak purse aku time tu, nak jumpe syiling pon payah ko tahu. Hahahaha. Gila sengkik masa tu. Masa tu sape-sape nak message ngan aku diharuskan share kredit terlebih dahulu untuk mendapatkan feedback. Hahaha. Zaman kejatuhan, sekarang ni dah alhamdulillah. Cukuplah nak beli barang sendiri tanpa mintak pitih dari ibubapa lagi. Eh, ye ker??


Ni lah mangsa-mangsa aku. Time nyawa dier dicabut, gase bersalah sangat. Napelah jadi semua ni??Tapi ape boleh buat, Tuhan lebih menyayangi mereka. Aku bukan tak ikhtiar nak selamatkan diorang. Macam-macam aku buat, bagi minum air kelapa, bagi makan whiskas yang sedap-sedap. Tapi semua tak jalan. Cuma aku tak bawak diorang jumpa doktor jer. Huhuhu, memang tak mampu masa tu.


Iklan jap he, aku kadang-kadang pelik ngan pemikiran orang disekeliling ni. Aku cuma nak kan kepastian. Betul ke kalau kite ambik gambar kucing pakai camera,kucing tu hidop tak lama?? Ape relation nyer dengan camera. Adekah flash kat camera tu mengandungi bahan kimia setiap kali dier berflash?? Adekah kucing merupakan sumpahan kepada camera?? (Wahai hang kucing!! Kalau aku ambik gambar ko, secara automatiknyer nyawa ko dipotong sebanyak 3 tahun) camtu ker? Tapi rata-rata orang tua berpikiran sebegini. Perasan tak??



Tapi kepala otak aku senang jer pikir, semua makhluk kat muka bumi ni pinjaman Allah. Sampai masa dier nak jemput kembali kat Dia, kite tak boleh nak halang. Tapi aku malas nak keluarkan hujah ni kat orang tua. Kang buatnya dikeluarkan hadis ke ape, tergamam aku. So, aku iyakan jer pandangan mereka. Kalau kena tegur, aku just say i'm sorry cat, ter"rampas" pulak nyawa ko. Hahaha.

 Okay sambung kembali ke cerita asal. Baru-baru ni Si Gemok telah ditimpa musibah. Dier telah tercedera di kaki bahagian hadapan. Eh,kaki ke tangan he?? Konpius *-----*. Aku gase puncanyer adalah bergaduh.


Dier tak balik rumah lebih kurang dalam empat lima hari camtu, sekali balik dah dilukai. Aku syak luka ni dah lama terluka. Sebab, masa aku bubuh minyak gamat kat kaki dier tu, dah ade ulat yang menginap. Yup, bunyi memang geli, tapi takkan ko nak biarkan jer dier menderita. Keesokan harinya aku bawak dier gi satu klinik haiwan kat area Ujung Pasir, Melaka. Kat Taman Asean yang ade pasar malam setiap hari Selasa tu. Kalau sesiapa orang Melaka tahulah kot tempat tu.



Aku nak suggest kat korang, kalau ade haiwan peliharaan korang sakit ke ditimpa musibah ke cuba korang bawak gi sini. Itupon kalau taraf hidop korang sama ngan aku lah. Kalau ayah korang Tan Sri ke, bekas Perdana Menteri ke, ahli Dewan Parlimen ke, korang boleh cari klinik yang lagi baik. Aku suggest kat sini bukan sebab klinik ni sedara aku punye tau, jauh panggang dari api. Klinik ni murah tu jer.



Masa mula-mula aku bawak si gemok tu datang sini, doktor bersihkan luka, keluarkan ulat, henjit 2x kat bontot dier, siap ubat krim semua, baru charge RM20. Second time aku gi sekali lagi, wat check up untuk gemok. Dier henjit siap kat bontot Gemok baru RM5 tapi tak de ubatlah. Bagi aku murah sebab masa nak datang aku dah prepare RM150 wet dalam purse. Aku takut tak cukup, tak kan aku nak hutang plakkan.


Kalau korang rasa nak gi korang contactlah number kat atas tu wat appoinment siap-siap. Kadang-kadang doktor ni pergi pasar malam, mentang-mentang rumah dekat dengan pasar malam. Hehehe. Lagi satu aku rasa murah sebab klinik ni kat rumah dier jer. So, tak payah bayar sewa. Tu yang murah kot. Tapi idaklah dier rawat dalam rumah, memang kena kejar dengan bini dier nanti kalau wat camtu. Ada bilik khas kat sebelah tepi rumah tu.


Ni kad rawatan gemok. Comelkan tulis nama dier dekat kad ni.
Kucing aku Si Gambang, Si Black ngan Si Manja semua tak de kad camni lagi.
Gemok jer ada, sebab gemok suka cari masalah.



Muka gemok yang tengah nervous tengok doktor pegang jarum.
Muka dier pon dah kurus sikit. Tapi doktor dah bagi antibiotik kasi hapuskan cacing.
Ape kaitan kurus dengan cacing?? Hahaha.



Ni lah kaki or tangan dier yang cedera tu.
Sorilah kalau masa baca entry ni korang tengah selera makan.
Lupe nak pesan awal-awal. Hahaha.



Ni gambar sebelom pergi klinik.

Okay, lepas ni tak yah gusar lagi kalau kucing ko sakit. Bawak je datang kat klinik ni. Tapi masa aku tanya customer lain yang datang diorang pon cakap murah. So, memang murahlah.


*Tapikan korang, ni tak berape murah tau. Aku dengar citer ade satu klinik haiwan kerajaan punye kat Ayer Keroh Melaka lagi murah. Abang sepupu aku bawak kucing dier baru kena RM2. Tapi aku tak pernah pergi pon kat situ n tak tahu ayer keroh tu sebelah mana klinik dier.


Orang dah baca entry panjang lebar ni baru aku nak cakap tak berape nak murah klinik ni. Hahahaha, gelak kejam.


Bye.....

No comments:

Post a Comment